Sunday 7 April 2013

Jom Belajar CSS - Part 1

  • Apa itu CSS?
Cascading Style Sheets (CSS) merupakan satu himpunan kod format sesuatu laman web. Ia boleh digunakan secara dalaman (bersama-sama dengan kod HTML dalam satu fail) atau secara luaran (fail CSS dan HTML berasingan).

Antara kelebihannya adalah sesuatu format boleh dilakukan secara berulang kali dan proses penyuntingan dapat dilakukan dengan cepat. Contohnya, katakan lah kita inginkan sesuatu jadual mempunyai petak tajuk berwarna biru dan petak biasa berwarna putih manakala tulisan menggunakan arial dan bewarna kuning. Secara manual, pasti memakan masa terutama apabila bilangan jadual yang banyak. Bayangkan kalau kita nak menukar warna teks, kita perlu ke setiap teks untuk menukarnya.

Dengan CSS, kita hanya perlu tukar kod dalam CSS sahaja dan secara automatik, semua kod HTML yang menggunakan CSS turut dikemaskinikan

(Sumber: wikipedia)

  • CSS Syntax
CSS Syntax terdiri daripada 2 bahagian iaitu Selector dan Declaration. Declaration pula terbahagi kepada 2 iaitu Property dan Value.

#  Format penulisan CSS:


CONTOH: 

# Format Penulisan  CSS jika Selector lebih dari satu:


Format Penulisan CSS jika Selector dan Declaration(Property & Value) lebih dari satu:

# Format Penulisan CSS Selector dan Declaration(Property & Value) yang lebih mudah untuk difahami:

h1 {
  color: blue;
  font-family: arial,helvetica,"sans serif";
  text-align: center;
   }

  • CSS Comments
Komen digunakan untuk menerangkan setiap kod yang anda buat . Dengan komen ini ,akan dapat membantu dan memudahkan anda untuk proses pengeditan kod css anda kemudian hari. Untuk menulis komen anda perlu menggunakan tag pembuka " /* " dan penutup " */ " . Semua teks yang ditulis diantara  tag " /* " dan " */ " tidak  akan terpapar pada layar pelayar(browser) dan hanya di anggap sebagai catatan.

CONTOH:

/*LETAKKAN KOMEN ANDA DISINI*/
h1, h2, h3 {
  color: blue;
  font-family: arial,helvetica,"sans serif";
  text-align: center;
   }

No comments:

Post a Comment