Sunday 25 August 2013

Cara Membuat Simbol ASCII Menggunakan ALT-Key Keyboard


Pernah akan melihat simbol-simbol seperti ☺☻♥♦♣♠ . Kebiasaannya kita boleh mendapatkan simbol tersebut melalui satu tool yang sedia ada pada windows itu sendiri iaitu Character Map (tekan WIN+F dan cari Character Map) . Tapi bagi saya agak leceh untuk copy paste. Terdapat lagi satu cara untuk membuat simbol-simbol berikut iaitu dengan menggunakan cara Alt-Key . Dibawah ini saya akan tunjukkan cara untuk menggunakan kaeadah ini.

Character Map

Tutorial:

1. Aktifkan fungsi Num Lock (Numeric lock) pada keyboard anda
  • Bagi pengguna PC Desktop , Tekan key [Num Lock]
  • Bagi penggguna Notebook , kebiasaannya tekan dan tahan(hold) key [Alt] + [Num Lk]

Keyboard PC Desktop

Keyboard Notebook
2. Setelah fungsi Numeric diaktifkan , anda perlu menekan dan tahan(hold) key [Alt] dan tekan nombor yang mewakili setiap simbol yang anda mahukan pada Numeric Pad.

Contohnya:
  • Alt + 3 = ♥
  • Alt + 16 = ►
  • Alt + 17 = ◄
Keterangan: 
- Numeric pad bagi PC Desktop anda boleh lihat pada nombor-nombor yang terdapat pada bahagian kanan keyboard ( Rujuk Screenshot Keyboard PC Desktop  ) .
- Numeric Pad bagi Notebook pula, ia terdapat pada karakter berikut (Rujuk Screenshot Keyboard Notebook )  :

  • J = 1
  • K = 2
  • L = 3
  • U = 4
  • I = 5
  • O = 6
  • 7 = 7
  • 8 = 8
  • 9 = 9
  • M = 0

Dibawah ini saya sertakan simbol dan kodnya:


Selamat Mencuba

2 comments:

  1. Adoii..panjangnya nak diingat Faiz.:-?

    ReplyDelete
  2. ikot la method mana yang sng.. gne copy paste gne character map atau gne ait-key .. :)

    ReplyDelete