Saturday, 10 August 2013

[Tutorial Windows] Reset Logon Password (XP/VISTA/7/8)

Pernahkah anda terlupa kata laluan ketika logon windows anda? . Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Oleh itu, saya ingin berkongsi satu cara untuk reset semula kata laluan windows logon anda.Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk reset semula kata laluan windows logon , disini saya menggunakan satu aplikasi yang saya telah cuba sendiri dan ianya berhasil, aplikasi tersebut adalah NTPWEdit 0.3 yang terdapat dalam satu toolkit Hirens Boot. Pada tutorial ini , saya menggunakan Hirens Boot 15.1.

Tutorial:
1. Download tools dibawah:
- Hirens boot 15.1 [Download] [Latest Version 15.2]

2. Burn file ISO HBCD pada cd. [Baca Tutorial Burn File Image ISO Menggunakan PowerISO]

3. Boot cd HBCD pada laptop anda dan pilih Mini Windows XP dan klik Enter.

4. Klik 2x pada HBCD Menu >> Klik Pada Programs >> Pilih Password/Keys >> Pilih Windows Login >> Klik NTPWEdit (Reset XP/Vista/7 User Password)

5.  Pada bahagian Path to SAM file klik butang Browse. Pergi pada C:\Windows\System32\Config (Jika tiada pada drive C:\ , cuba cari pada drive lain misalnya D:\ )

6. Klik pada file SAM dan klik Open

7. Pilih Username yang anda mahu ubah password nya dan klik Change password .

8. Isikan password anda pada ruang New password dan Verify , selanjutnya klik OK

9. Klik Save changes .

10. Restart pc@laptop anda dan boot pada windows anda. Cuba login windows anda menggunakan password baru anda. Kalau dapat login bermaknanya anda telah berjaya. hehe.

###Kalau xphm sila komen ok.  :)

No comments:

Post a Comment