Wednesday, 23 October 2013

Tutorial Pemasangan Wordpress Pada Locahost Menggunakan XAMPP

Pada entri yang lepas saya ada berkongsi mengenai Tutorial Installasi XAMPP Pada Windows (WEB Localhost) dan  Cara Membuat Database Pada XAMPP. Untuk sambungannya, saya akan kongsi tutorial untuk memasang (install) salah satu Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) yang yang sering digunakan oleh pembangun laman web iaitu Wordpress.  Pastikan sebelum anda mengikuti tutorial ini, baca dahulu entri-entri yang lepas. Untuk pengetahuan anda,wordpress yang dipasang pada localhost dijalankan secara offline dan ia hanya boleh diakses oleh anda sahaja . Tetapi anda jangan risau, sekiranya anda sudah mahir mengenai wordpress , anda boleh backup file dan database untuk di transfer ke web hosting anda yang sebenar.

1. Download script Wordpress:
>> http://wordpress.org/latest.zip

2. Extract file wordpress yang anda download.


3. Buka folder C:\xampp\htdocs dan copy folder wordpress pada folder htdocs . (PS: Anda boleh gantikan nama wordpress ke nama yang anda mahu)


4. Buka browser anda. Pada ruang url bar, taipkan http://localhost/nama_folder ( Contoh: http://localhost/wordpress )  . 
Klik Create a Configuration File.

5.  Klik Let's go!

6. Isikan maklumat  database anda. (Pada yang tiada database boleh rujuk : Cara Membuat Database Pada XAMPP)

  • Database Name - Nama database anda .Contoh: dbwordpress.
  • User Name - Nama pengguna untuk mengakses database anda .
  • Password - Kata laluan untuk mengakses database anda .
  • Database Host : localhost
  • Table Prefix -  Biarkan default ( wp_ ) atau boleh diubah mengikut kehendak anda.Contohnya: " prefix_ "
Klik Submit .


7. Klik Run the install .

8. Isikan maklumat wordpress anda:

  • Site Title  -  Tajuk blog/web wordpress anda.
  • Username  -  Nama pengguna wordpress anda.
  • Password , twice  -  Kata laluan wordpress anda.
  • Your Email  -  Masukkan email anda yang sah.
Klik Install Wordpress .


9. Setelah selesai proses pemasangan,anda boleh login ke dashboard wordpress anda.

10. Gunakan link " http://localhost/nama_folder/wp-admin " untuk mengakses ruang login anda. Gantikan nama_folder dengan nama folder wordpress anda. Contohnya: " http://localhost/wordpress/wp-admin " .


SCREENSHOT
Dashboard
Site

No comments:

Post a Comment